Tuesday, December 14, 2010

say no to MEE SEGERA!

Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat
sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari.Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah
berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri. Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai “makan untuk mendapat barah” Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!


Berikut adalah sebahagian dari keburukan memakan mi segera :

- lambat dihadam dan dicernakan
- keguguran rambut dan lama kelamaan boleh menyebabkan botak
-

boleh menggemokkan badan di samping mndapat saket buah pinggang



Sumber: Sinar Harian

GEORGETOWN – Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari makanan segera ini boleh memudaratkan kesihatan dan kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari.

“Pengambilan mi segera boleh menyebabkan pengambilan garam yang berlebihan kerana natrium sering ditambah dalam makanan harian kita dan mi segera adalah makanan yang menjalani pelbagai peringkat pemprosesan tanpa sebarang khasiat makanan.

“Mi segera adalah makanan remeh yang mengandungi karbohidrat, natrium dan pelbagai penambah perisa selain rendah khasiat seperti serat, vitamin dan galian. Perisa sup juga mengandungi ‘Monosodium Glutamate’ (MSG) yang berperanan menjadikan perisanya benar-benar tulen,” katanya pada sidang media semalam.




n i ada kisah benar jugak nk berkongsi neh..baru2 ni kwn i sorg ni pingsan tiba2..p la klinik n doc ckp slh satu punca utama ialah maggie..jd anda2 smua,kalau nk mkn maggie tu xsalah tp jgn la mkn selalu sgt..kalau nk sep duit or sep time pon better kalau mkn nasik yg lg bg tenaga utk anda smua..nasik dgn ikan or teloq ja pon jd laa kalau nk sepp sgt2 kn..tak pon mkn ja chocolate..chocolate bg energy gak..tp jgn la mkn byk2 sgt kang kencing manis pule..bahaya maggie ni rasanya ramai yg dh tau tp ni saja nk share lg..sekian..


No comments: